Max Gear


Funny stories from gilazticks.terapad.com 

Benda paling pantas... 

  Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Daripada beribu permohonan yang diterima, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya.

   Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemu duga. (Beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan interviuw seperti program realiti The Apprentice).

   Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun berkata: "Saya ada satu soalan yang mungkin akan memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini. Soalannya adalah: Apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?" tanya CEO tersebut.

   Calon eksekutif pertama berkata: "FIKIRAN, kerana kadang ia datang sendiri tanpa kita sedari!"

   "Bagus, itu satu jawapan yang baik," kata CEO tadi. "Kamu pula?" tanya CEO kepada calon kedua.

   "KELIP MATA kerana tanpa kita sedari, sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip!" jawab calon kedua.

   "Ini pun satu jawapan yang sangat baik, lagipun perumpamaan Melayu pun ada sebut DALAM SEKELIP MATA melambangkan kepantasan!" kata CEO itu.

   "Bagaimana pula dengan kamu?" tanya CEO kepada calon ketiga.

   "Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas, jawab calon ketiga.

   "Ini jawapan terhebat setakat ni. Bagaimana dengan kamu?" CEO terus mengajukan soalan kepada calon keempat tatkala dia berasa yakin calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.

   "Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CHIRIT-BIRIT!" jawab calon keempat dengan yakin sekali.

   "Haaa??? CIRIT-BIRIT??? Kamu ni tak serius langsung, macam mana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni?" balas CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.

    "Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR, KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah tersemburrrr!!!"

    Akhirnya... calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan tanpa sebarang bantahan!

This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola